Terdapat banyak kelebihan forex trading Malaysia. Untuk menjadi forex trader bukanlah satu pekerjaan yang mudah seperti yang disangkal. Acapkali anda akan dihidangkan dengan pelbagai perkara yang manis mengenai forex trading.
Ini juga tidak dinafikan bahawa menjadi seorang trader mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, di sini akan kami kongsikan beberapa kelebihan trade forex.
Anda harus faham bahawa menjadi seorang forex trader mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang berita forex terkini, disini kami akan memberi pencerahan tentang forex trading.
8 Kelebihan Trade Forex
1. Tiada Komisen / Bayaran Mahal
Forex di Malaysia tidak mengenakan sebarang yuran bulanan, mingguan atau tahunan. Anda boleh membuka akaun forex dengan percuma tanpa sebarang bayaran tersembunyi.
Kebanyakan broker perdagangan wang asing di Malaysia hanya mengambil keuntungan servis mereka melalui apa yang dipanggil sebagai bid’ atau ‘ask spread’.
2. Tiada Orang Perantaraan
Trade secara “spot currency trading” menghapuskan orang tengah atau forex broker dan memberikan anda ruang untuk trade secara terus dengan pasaran di mana yang bertanggungjawab ke atas harga untuk sesuatu mata wang.
Dalam kata erti lain, tempahan anda akan dihantar terus tanpa rang tengah. Oleh itu, ianya lebih mudah dan selamat.
3. Tiada Saiz Lot Yang Tetap
Di dalam platform perdagang MT 4 Demo, anda yang menentukan sendiri saiz lot atau posisi anda. Ini akan memberikan dan memudahkan pembukaan akaun, serendah RM 10 sahaja.
Selain itu, ramai broker Malaysia menawarkan deposit serendah RM 10 walaupun hakikatnya RM 10 bukanlah satu jumlah yang terbaik untuk memulakan trading anda.
4. Pasaran Dibuka 24 Jam
Anda tidak perlu tunggu untuk loceng pembukaan pasaran. Dari isnin sehingga jumaat, pasaran dibuka dan tidak pernah tidur. Ini adalah sangat bagus untuk anda yang hanya menjadikan kerjaya sebagai forex platform ini secara part-time.
Anda boleh pilih masa yang sesuai untuk anda menjalankan transaksi tanpa perlu mengikut masa yang ditetapkan. Hal ini kerana perdagangan forex tidak mempunyai sebarang waktu batasan untuk melakukan perniagaan.
5. Tiada Sesiapa Boleh Memanipulasi Pasaran
Pasaran perdagangan forex adalah sangat besar dan terdapat banyak ahli-ahli sehinggakan tiada satu entiti yang mampu mengawal harga di pasaran untuk satu-satu masa.
6. Leverage
Di dalam perdagangan forex, deposit yang kecil dapat mengawal julat saiz kontrak yang besar. Leverage memberikan kelebihan kepada trader untuk membuat keuntungan yang baik dan pada masa yang sama meminimumkan risiko kepada modal anda.
Sebagai contoh, jika sebuah forex broker menawarkan 50 ke 1 leverage, ini bermaksud RM 50 margin deposit anda akan mampu untuk Buy atau Sell RM 2500 nilai mata wang.
Sama seperti RM 500 dimana trader akan menjalankan transaksi dengan RM 25000 dan seumpamanya. Walaubagaimanapun, leverage merupakan satu kelebihan kepada forex trading.
Anda juga perlu diingat juga bahawa leverage juga akan menjadi musuh dalam selimut anda. Tanpa pengurusan risiko yang betul, kelebihan leverage mungkin menjadi lubuk kepada untuk menanggung kerugian.
7. Kadar Kecairan Tinggi
Seterusnya, kadar kecairan forex juga dianggap tinggi kerana pasaran forex adalah besar. Namun, ini juga merupakan peluang untuk anda membuat Buy atau Sell secara terus.
Jangan risau kerana anda tidak akan disekat dalam trade anda. Anda juga bole menetapkan platform atas talian secara automatik untuk menutupkan posisi anda apabila mencapai keuntungan yang diingini atau menutup trade anda.
8. Kebebasan Masa
Kebebasan dari segi masa adalah impian setiap dari manusia di muka bumi ini. Menjadi forex trader bukanlah sebagai satu tiket kepada anda tanpa perlu melakukan apa-apa.
Namun, masa yang perlu diperlukan untuk melakukan adalah fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan. Oleh itu, anda perlu bijak dalam merencana aktiviti trading anda tersendiri.